tag:blogger.com,1999:blog-55901689167137782032024-03-13T23:10:05.126-07:00Laman Santai PASTI MalaysiaDagang Duniahttp://www.blogger.com/profile/10428160741973070516noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-5590168916713778203.post-5215647471926281692009-11-19T17:42:00.000-08:002014-10-28T00:36:32.807-07:00Ana

Rujukan daripada khazanah , As-Syeikh Mucktar A.B Bawazir, "88 yang
tersirat." Harap ilmu ini dapat mendatangkan kebaikkan bagi semua, yang
baik itu dari Allah dan buruk itu dari diri saya sendiri.

Marilah
kita bersama renungkan secara terperinci, satu persatu rahsia yang
berkait rapat dengan pendidikan kepada anak-anak agar menjadi anak yang
soleh. Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak itu ada tiga
peringkat asas iaitu :

Pertama : Didikkan pada usia anak sebelum tujuh tahun.

Kedua: Didikan pada usia anak antara tujuh hingga empat belas tahun.

Ketiga : Didikan anak waktu usia anak antara empat belas hingga dua puluh satu tahun.

1. Didikan anak pada usia sebelum tujuh tahun

Sebaik
sahaja anak dilahirkan, maka azankanlah di kedua telinganya bermula
kanan dengan Azan dan sebelah kirinya Qamat. Kemudian yang paling utama
mandikanlah. Setelah itu berikan nama yang baik iaitu nama yang lazim
dalam Islam yang terdapat dalam Al-Quran.

Jika sampai mempunyai
empat orang anak (lelaki) sebaiknya ada satu sekurang-kurangnya yang
sama namanya dengan nama Nabi Muhammad s.a.w. Berwaspadalah dalam hal
ini, kerana Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesiapapun yang mempunyai
empat orang anak, dan tak ada satu pun di antaranya bernama seperti
namaku, bererti si-empunya anak tidak berlaku baik terhadapku."

Adapun
nama-nama Nabi kita itu terdapat dalam kitab Dalail Khairat iaitu
sebuah kitab lama. Himpunan jumlah gelaran atau namanya didalam kitab
tersebut adalah 201 nama (gelaran).

Kemudian buatkan Aqiqah
yakni amalan korban ternakan seperti kambing atau lembu. Jika aqiqahnya
itu lembu boleh di peruntukan untuk tujuh orang anak dengan cara membuat
perkongsian. Sebaiknya ketika anak berusia 7 hari. Jika tidak dapat,
boleh membuatnya ketika anak itu berusia belasan tahun atau sebelumnya.
Jika tidak dapat lakukan aqiqah itu sebelum meninggal dunia mintalah
permohonan ampun kepada Allah swt. Demikian ini yang diwarisi dari
ulama-ulama dahulu.

Pada hari aqiqah sering tidak mendapat
perhatian sehingga ramai yang lalai. Mengikut beberapa kajian ternyata
anak-anak remaja yang bermasalah dengan orang tua-nya itu, salah satu
faktor penyebabnya ialah tidak di "aqiqahkan" ketika mana orang tuanya
mampu melaksanakannya.

Jika anak itu lelaki sebaiknya
dikhatankan ketika usianya 7 hari. Berkhatan dalam usia tersebut pada
hari ini, lazimnya harus mendapat kebenaran terlebih dahulu dari seorang
doktor pakar.

Ada doa khusus ketika anak itu dikhatankan.
Perhati satu demi satu ertinya yang begitu tinggi nilainya untuk masa
depan si anak. Harap Maaf doa dalam bahasa Arab tak dapat disertakan
disini, sila rujukan pada "Susunan doa dalam kehidupan" tulisan Kyai
Anwar, atau lain-lain kitab doa-doa.

"Ya Allah ini adalah
sunnahMu dan sunnah NabiMu, selawatMu atas baginda (Rasulullah) dan
keluarganya. Kami mengikuti Engkau dan NabiMu yang berhubungan dengan
kehendakMu, niatMu dan tentang urusan yang kau kehendaki."

"Engkau
tentukan dan Engkau perintahkan sesuai dengan yang Engkau berikan
pengalaman kepadanya, tentang tajamnya pisau sehubungan dengan khatan
dan hijamat (pembedahan) dan tentang kesesuainya. Engkaulah yang lebih
tahu daripada kami."

"Ya Allah bersihkan dosa-dosanya,
panjangkanlah usianya, ringankan kesakitannya dan sihatkanlah dia.
Jangan biarkan dia menderita kerana sakit dan miskin. Engkau pemilik
pengetahuan, sedangkan kami tidak demikian".

Read more: http://anak.proboards.com/thread/59#ixzz3HQHH13iy

Dagang Duniahttp://www.blogger.com/profile/10428160741973070516noreply@blogger.com1