Komen

Thursday, November 19, 2009

Ana


Rujukan daripada khazanah , As-Syeikh Mucktar A.B Bawazir, "88 yang tersirat." Harap ilmu ini dapat mendatangkan kebaikkan bagi semua, yang baik itu dari Allah dan buruk itu dari diri saya sendiri.

Marilah kita bersama renungkan secara terperinci, satu persatu rahsia yang berkait rapat dengan pendidikan kepada anak-anak agar menjadi anak yang soleh. Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak itu ada tiga peringkat asas iaitu :

Pertama : Didikkan pada usia anak sebelum tujuh tahun.

Kedua: Didikan pada usia anak antara tujuh hingga empat belas tahun.

Ketiga : Didikan anak waktu usia anak antara empat belas hingga dua puluh satu tahun.


1. Didikan anak pada usia sebelum tujuh tahun


Sebaik sahaja anak dilahirkan, maka azankanlah di kedua telinganya bermula kanan dengan Azan dan sebelah kirinya Qamat. Kemudian yang paling utama mandikanlah. Setelah itu berikan nama yang baik iaitu nama yang lazim dalam Islam yang terdapat dalam Al-Quran.

Jika sampai mempunyai empat orang anak (lelaki) sebaiknya ada satu sekurang-kurangnya yang sama namanya dengan nama Nabi Muhammad s.a.w. Berwaspadalah dalam hal ini, kerana Nabi s.a.w. bersabda:

"Sesiapapun yang mempunyai empat orang anak, dan tak ada satu pun di antaranya bernama seperti namaku, bererti si-empunya anak tidak berlaku baik terhadapku."

Adapun nama-nama Nabi kita itu terdapat dalam kitab Dalail Khairat iaitu sebuah kitab lama. Himpunan jumlah gelaran atau namanya didalam kitab tersebut adalah 201 nama (gelaran).

Kemudian buatkan Aqiqah yakni amalan korban ternakan seperti kambing atau lembu. Jika aqiqahnya itu lembu boleh di peruntukan untuk tujuh orang anak dengan cara membuat perkongsian. Sebaiknya ketika anak berusia 7 hari. Jika tidak dapat, boleh membuatnya ketika anak itu berusia belasan tahun atau sebelumnya. Jika tidak dapat lakukan aqiqah itu sebelum meninggal dunia mintalah permohonan ampun kepada Allah swt. Demikian ini yang diwarisi dari ulama-ulama dahulu.

Pada hari aqiqah sering tidak mendapat perhatian sehingga ramai yang lalai. Mengikut beberapa kajian ternyata anak-anak remaja yang bermasalah dengan orang tua-nya itu, salah satu faktor penyebabnya ialah tidak di "aqiqahkan" ketika mana orang tuanya mampu melaksanakannya.

Jika anak itu lelaki sebaiknya dikhatankan ketika usianya 7 hari. Berkhatan dalam usia tersebut pada hari ini, lazimnya harus mendapat kebenaran terlebih dahulu dari seorang doktor pakar.

Ada doa khusus ketika anak itu dikhatankan. Perhati satu demi satu ertinya yang begitu tinggi nilainya untuk masa depan si anak. Harap Maaf doa dalam bahasa Arab tak dapat disertakan disini, sila rujukan pada "Susunan doa dalam kehidupan" tulisan Kyai Anwar, atau lain-lain kitab doa-doa.

"Ya Allah ini adalah sunnahMu dan sunnah NabiMu, selawatMu atas baginda (Rasulullah) dan keluarganya. Kami mengikuti Engkau dan NabiMu yang berhubungan dengan kehendakMu, niatMu dan tentang urusan yang kau kehendaki."

"Engkau tentukan dan Engkau perintahkan sesuai dengan yang Engkau berikan pengalaman kepadanya, tentang tajamnya pisau sehubungan dengan khatan dan hijamat (pembedahan) dan tentang kesesuainya. Engkaulah yang lebih tahu daripada kami."

"Ya Allah bersihkan dosa-dosanya, panjangkanlah usianya, ringankan kesakitannya dan sihatkanlah dia. Jangan biarkan dia menderita kerana sakit dan miskin. Engkau pemilik pengetahuan, sedangkan kami tidak demikian".